Pasaran ikan hiasan
Written by admin on September 8th, 2009
Industri ikan hiasan tempatan bernilai RM100 juta mencatatkan pertumbuhan luar biasa sejak 15 tahun lepas dengan pengeluarannya mencecah hampir lebih 500 juta ekor setahun. Daripada jumlah itu, lebih 70 peratus diekspot secraa langsung atau tidak langsung dengan nilai RM140 juta setahun.
Dalam RMK-9, kerajaan kerajaan juga menyasarkan jumlah ekspot ikan hiasan sehingga RM100 juta berbanding RM81.9 juta dalam RMK-8 dengan jumlah pengusaha akan ditingkatkan kepada 500 orang.
Pada 2004, subsektor perikanan menghasilkan 1.54 juta ikan bernilai RM5.5 bilion termasuk 456 juta ekor ikan hiasan bernilai RM106.3 juta. Malaysia merupakan salah sebuah negara pengeluar ikan hiasan yang berorientasikan ekspot dan mencatatkan pertumbuhan tinggin iaitu 40 peratus setahun. Ketika ini, negara berada di tempat kedua selepas Singapura dari segi ekspot global dengan bahagian pasaran tumbuh sebanyak 9 peratus. Secara purata, industri tempatan mengalami pertumbuhan ekspot 24 peratus sejak dua dekad lalu.
Menjelang 2010 atau hujung Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Malaysia dijangka mengeluarkan 800 juta ekor ikan hiasa bagi pasaran dunia bernilai RM190 juta. Buat masa ini, lebih 70 peratus daripada pengeluaran tempatan di ekspot ke United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali, Hong Kong, Sepanyol, Jepun, dan Taiwan. Pada setiap tahun, perdagangan ikan hiasan dunia dianggarkan bernilai RM8.06 bilion dengan 98 peratus tertumpu kepada ikan tropika. Permintaan global bagi industri ikan hiasan telah meningkat selepas krisis ekonomi Asia 1997 dan dijangka berkembang antara 10 dan 15 peratus.
Terdapat 550 jenis ikan tempatan dan eksotik yang 250 spesis daripadanya diternak di Malaysia untuk pasaran tempatan dan global.



















